Monday, May 20, 2013

Dilema: Result Mara :) Part 2

Assalamualaikum.. Ola~


Result Mara dah keluar dah tadi walaupun agak lewat (janji pukul 5pm tapi pukul 8pm pulak. Tak pa. Aku maapkan)..
You now what, aku tak dapat pun tajaan mara ni.
But why kat tajuk entri ni aku letak --> :) ?
Tak ke pelik? Bukan ke kena macam ni --> :( ?

"Am i getting creepier? crazier? Muahahaha"
"oh takutnya i. boo.. bluekk"

ok. tak lawak~

Back to the topic.
Serius aku tak dapat pun offer mara ni.
Yang peliknya, aku tak rasa sedih pun..

Fyi, aku sepatutnya pergi register kat matrik Labuan 19/5 lepas tapi aku tak pi pun.
Sebab?

"Salah MARA ni lah. 2 kali dah mara tangguh result, last-last aku tak dapat pulok. !@#$@" says the devil inside me.

"Oh that's not cool man~ you're so negative. Be positive dude"says the angel inside me.
Maybe Allah nak uji sejauh mana kesabaran aku nak pi belajar.
Matrik dah lepas.
UPU memang tak ah. Awal dah ayah aku reject.
And this Mara-thingy. 
Another failure.

Memang penipu besar kalau aku cakap aku tak frust/sedih/nangis..
Tapi aku ada terbaca satu "quote'' ni berbunyi begini:
"Selagi ada harapan, selagi itu ada jalan penyelesaian"

Memang Allah sengaja bagi ujian kat aku.
Nak uji sejauh mana aku perlukan pertolongan Dia.
Jangan ingat SPM dah terer , nak riak bagai. Nauzubillah~

Tapi aku pun kena usaha jugak.
Baru je tadi aku buat surat rayuan ke UNIMAS.
Doakan aku dapat yer. *penat aku bold kan ..eh*
Reply dari pihak UNIMAS:
Assalamualaikum dan Salam sejahtera,Saudari,Dimaklumkan surat rayuan telah diterima. Pihak kami akan memaklumkan keputusan nanti.
Ikhlas,Pihak UNIMAS.

Disebabkan aku ada baca satu kisah seorang "abang" ni dalam blog, 
so aku cuba buat something untuk belajar.
Esok aku nak call pihak matrik, in case masih ada nama aku dalam sistem.
Rasa malu pun ada sebab tak pegi hari pendaftaran, then merayu pulak..

"Kalau niat kita baik, insyaAllah, Allah tolong kita"

Have faith in Him :D
Ini pengajaran buat aku dan ayah aku..

Friday, May 17, 2013

Dilema : Matrikulasi/ UPU/ Mara

Assalamualaikum.. hi :)

Tengok tajuk entry pun korang dah tau apa yang aku nak sampaikan sekarang.
Yes. I'm in dilemma. 

Tawaran Matrik , Upu aku dah dapat.
Sekarang tengah tunggu result interview Mara je lagi.
( Tolong doakan aku dapat tawaran Mara ni !! *desperate*)
Entri ni SUPER-Panjang. Read at your own risk. *eww, bajet giler*

(1) Kolej Matrikulasi Labuan
      Aku terpaksa tolak tawaran matrik ni sebab ayah aku kurang berkenan.
      Jangan tanya aku kenapa sebab aku pun tak tau. 
      Mungkin sebab kos pengangkutan yang mahal kot. Mahal ke? Entah lah.
      Setahu aku, kalau nak gi Labuan kena guna jalan darat, air & udara.
      Flight ke KK, then bas ke feri, naik feri/bot express, ke labuan.
      Mahal ler kot, nak bayar tiket terbang, bot, feri lagi..

(2) UPU : DIPLOMA SENI KULINARI UiTM
      Ni yang aku heran sangat sangat! Aku tak faham apehal aku dapat kos ni.
      Aku tak da niat nak merendah/ menghina kos ni, tapi aku mana minat tang masak- 
      memasak. Aku kat dapur pun tolong mak aje. 
      Kos yang aku minat, pilihan pertama aku which is Asasi Sn Hayat kat Unimas tak dapat
      pulak. Heran. Padahal, result spm aku dah cukup syarat. 
      Mungkin jugak markah merit aku yang rendah, aku tak dpt asasi tu. 
      Merit 72 something tak kan tak dapat. *BANYAK KOMPLEN JE AKU NI*
      SEDIH , HATI PATAH SERIBU.. :'(
Lagi2, diploma kulinari ni ada kat Penang & Terengganu je. Terpaksa jugak aku menyeberang Laut China Selatan. Dah tu pulak aku tak da sedara-mara kat Penang/T'ganu.
Memang konfem la ayah aku tak nak.
Actually , aku pun tak nak sebab minat aku lebih kepada bidang Sains.

(3) TAJAAN MARA: KKTM LEDANG, Diploma Kejuruteraan Peralatan BioPerubatan
      OK. Yang ni Ayah aku berkenan sangat-sangat!!!
      Ni je harapan aku nak sambung study. Ada senior cakap, study kat kktm boleh pegi 
      oversea kalau pointer tinggi. United Kingdom wowww!!
      Kaunselor pun cakap nak masuk KKTM ni percuma/free aje. Elaun pun ada.
      Tapi ada lah jugak nak bayar sikit bila mendaftar nanti.
      20 Mei ni result interview Mara aku keluar. Mengharap sangat ..
      (doakan aku dapat mara ni pleeeaase....)

Ayat "Penyedap Hati"
"Janganlah berputus asa dari rahmat Allah." [azZumar:53]
Adik-adik sayang,Everything is gonna be okay ! Semangatlah sikit ! :))Ape pun jalan kita yang Allah tetapkan,ingatlah Allah is the best planner. And kembali ke pesanan Allah dalam alQuran,
"Seseorang itu tidak dibebani lebih dari kesanggupannya." [alBaqarah:233]
"..(maka bersabarlah) kerana boleh jadi kamu tidak sukakan sesuatu padahal Allah menjadikan kebaikan yang banyak padanya." [anNisa' :19]
Jangan mengeluh adik sayang. Percayalah janji Allah. Dia tahu jalan yang terbaik untuk kita. We ask Allah what we want, Allah gives us what we need.
Ramai yang takleh UPU, takleh matric, takleh apa2 tawaran tapi pandai cari peluang dan bangkit dengan semangat baru, mereka berjaya. Cuba berfikiran terbuka dan positif. Adik2 semua boleh :)
Satu lagi kakak tengok ada post pasal parents tak bagi masuk tu, masuk ni.
Akak cadang cuba slow talk, buat solat hajat banyak2 dan berdoa. Andai pilihan parents baik,inshaAllah Allah gerakkan hati nanti inshaAllah. Akak dulu pun macam tu jugak. Apepun, kita sebagai anak2 ni kena ingat, keredhaan ibubapa tu keredhaan Allah. Kita berjaya mak ayah tak restu pun takde guna. Maybe kita tak minat benda tu, tapi adik2 kena yakin,kalau kita buat untuk parents,ikhlas kerana Allah,inshaAllah Allah akan guide kita. :) 
Keep moving adik2 ! Jangan sedih iye ! Nikmat Allah ni banyak, tak terhitung. Wallahualam :)
Sumber: Facebook Group Halatuju Lepas SPM

Masalahnya, aku dapat kos dalam Upu tapi aku nak tukar Universiti & kos sekali.
Sedih nya aku.
:'(
Tapi sekurang-kurangnya, aku cuba dulu minta Asasi kat Unimas tu.
Incase, ada student yang tak nak gi Sarawak.
Sebab ramai budak Semenanjung dapat Unimas.


Mesti penat baca. Haha. 
Doakan kejayaan aku dunia akhirat. InsyaAllah.
Assalamualaikum.
Bubye :')

Wednesday, May 15, 2013

RunningMan 20 Days Challenge : DAY 6

DAY 6 : YOUR FAVOURITE GUEST STAR

JACKIE CHAN for sure. 
Happening giler ar. 
 

Tuesday, May 14, 2013

RunningMan 20 Days Challenge : DAY 5

DAY 5 : YOUR LEAST FAVOURITE EPISODE

Aku tak ingat sangat episode apa.
EP 63 kot , guest Girls Generation.
Frankly, tak da lah boring sangat. 
Just too much "Aegyo" kot, which too much cuteness by SNSD members.
 I can't handle it. Hoho~

Anyway, aku suka Kwang Soo & Yuri dalam episode ni.
 



 


Monday, May 13, 2013

Saturday, May 11, 2013

RunningMan 20 Days Challenge : DAY 3

DAY 3 : YOUR FAVOURITE STAFF

It's gotta be FD DONGWAN !
God of Disguise ;)

Source:

Asal dia muncul aje, mesti ada bunyi "mip mip".

Friday, May 10, 2013

RunningMan 20 Days Challenge : DAY 2

DAY 2 : YOUR LEAST FAVOURITE MEMBER

Every member got their own role. Aku suka semua member.
So, susah aku nak kata aku kurang suka salah sorang member,
Hmm, aku rasa Ji Suk Jin kot..
The old man. Hahaha..
EXACTLY.. credit: runningmanconfessions.tumblr  
 

Thursday, May 9, 2013

RunningMan 20 Days Challenge : DAY 1

DAY 1 : YOUR FAVOURITE MEMBER

I would say i SONG JI HYO is my favourite member.
miss mong / mongji



Aku minat dengan JiHyo sebab dia berani. 
Bungee jumping. Pegang anak singa.
i wish i could do those too.
Bravest girl i ever know.



Love the way she laugh. Lovable :)

FOR THE CHALLENGE LIST :  http://aikolynn.dreamwidth.org/16087.html