Wednesday, December 12, 2012

Untukmu Sahabat :')

Assalamualaikum~

What's up peeps ! How's your day?
Semoga hari korang baik hendaknya :)

Entri aku hari ni pasal bestfriends aku..
Hahaha.. Aku tahu aku tak pernah cerita pasal diorang dalam blog aku..

Dah 5 tahun aku berkawan dengan diorang..They are:

  • Syila
  • Athirah
  • Sharizah
  • Amira
  • Shazira
Memandangkan nama aku Aisyah, so kalau digabungkan huruf awal nama kiteorang, jadilah 3A 3S..
hahahahaha (mengada je gelak-gelak)..

#MENGENALI MEREKA

1. SYILA

Lepas kawan-kawan aku yang lain pindah sekolah (time tu kiteorang form 4), Syila (yang tak pindah) sorang je orang paling rapat dengan aku sampai sekarang..
Ada 1 peristiwa yang memang aku tak boleh lupa..
#FLASHBACK:
Time tu syila & geng2 kiteorang nak pegi tengok wayang..
On the way nak gi wayang, syila & aku accident (naik moto sama-sama).. 
So, berlaku lah drama free di atas jalan raya.
Nasib baik ada Pakcik EntahSiapaNamanya sudi membantu kiteorang..Terima kasih pakcik.
Trauma aku dibuatnya..
Lepas accident tu, Syila dah tak berani nak bawak aku guna moto.
Tapi dengan adanya dia, aku tak lah kesunyian..
Aku siap ikut lagi dengan family dia round kat Miri.. 
Shopping.. Makan-makan. Mak ayah dia sangat baik. Untung dapat mak ayah macam dia..
one word to describe her : OPTIMISTIC


2. ATHIRAH
Thirah dia nak pindah Kelantan minggu ni. Tapi aku tak sempat nak jumpa dia. 
So, aku hanya text je :(
#FLASHBACK:
Sejujurnya, dulu aku suka judge orang. Jahat kan aku. Mula-mula aku kawan ngn dia , dia macam buat layan tak layan je. Bila dah lama-lama tu, baru lah kiteorang mula rapat.
Sebenarnya, thirah ni jenis yang pemalu rupanya. Hahaha..( tu ar jangan judge orang)
tapi, dia lah yang banyak tolong aku kat sekolah..
Kadang-kadang , aku share rahsia aku aku kat dia.. That's mean i trust her..
one word to describe her : CARING



3. SHARIZAH
Aku sangat suka dengan dia sebab dia peramah. Semua orang dia nak kawan kecuali crush dia.. hehe.. malu ler tu..
Mula-mula aku masuk Form 1, aku lah yang rapat dengan dia.. Mungkin sebab dia tak awkward kot dengan aku.. 
#FLASHBACK :
[FORM 1] Dia ajak aku pegi surau nak solat Asar. Macam biasa lah kiteorang bawa telekung sendiri.. Sampai surau, amik wuduk, solat , then keluar..
Lepas aku tutup pintu surau, dia cakap kat aku "Jom makan nak?". Aku:"hah? makan?" 
Dia: "Lapar lah.Jom!" sambil mengeluarkan bekal dan makan di belakang surau..
Haha.. Nasib baik lah time tu tak de orang.. Tengah makan pun tengok kiri kanan..
Aku tak dapat nak kenal hati budi dia sebab Form 2 & 3 dia tak sama kelas dgn aku. 
Form 4 & 5 , pulak dia pindah sekolah. hmm :(
one word to describe her : FRIENDLY

4. AMIRA
Dia bawa pengaruh yang baik terhadap aku.. Dan dia sangat berani mengemukakan pendapat dia. Yang tu aku respect pasal dia. Memang padan jadi PRS.
Aku rapat dengan dia sebab dia duduk sebelah aku dari FORM 1 sampai FORM 3. (sebab cikgu susun ikut list nama)..
#FLASHBAK:
Dia selalu pinjam buku kat library. One day, aku nampak dia baca buku yang menarik perhatian aku.. "Macam best".. Dia cakap buku tu dia pinjam kat library.. Actually , buku tu bersiri.. Nak tengok buku tu? Ini dia : Twins Mary-Kate & Ashley

Aku suka siri TWO OF A KIND. Selalunya, cara aku beza twin ni , kalau Marykate rambut dia lurus, kalau Ashley rambut dia curl.. And one more, dalam siri 2ofakind, Marykate dia tomboy sikit, Ashley dia girly macam budak pompuan yang lain..
Start dari hari tu, tiap-tiap hari muka aku je kat library..
Hahaha.. Kelakar kan..
one word to describe her: SUPPORTIVE

5. SHAZIRA
Bagi aku, dia lah yang paling comel dalam kelas. Aku rapat jugak la dengan dia tapi dia lebih rapat dengan Thirah.
#FLASHBACK:
[FORM2,Science period] Setiap group ditugaskan buat experiment.
 Experiment apa aku pun tak ingat, tapi rasa macam electrolysis.
Dalam proses experimen tu, kami memerlukan kain/sapu tangan.
Kebetulan jugak aku & Shazira je yang rajin bawak sapu tangan.
So, aku usik dia "kalau tak guna saputangan awak, kite taknak geng"
Amira pun join sekaki usik dia. Tapi aku tak tau pun dia nak ambil serius usikan tu.
Padahal kiteorang gurau je.
Last-last, sapu tangan aku jugak yang digunakan.
Dia ni sensitive sikit. So, kiteorang sekawan kena jaga sikit hati dia.
one word to describe her: CUTE & KIND. eh tu dah 2 words. Hahaha. kesah pulak aku :p

Tu je kenangan yang aku ingat sampai sekarang. KLMJ. xD
Semoga persahabatan kita kekal hendaknya :)


Actually, Syila & Thirah nak pindah gi semenanjung minggu ni. Syila pindah Penang & Thirah pulak Kelantan.. Uhuhu.. Gonna miss u guys :')
Ya. Memang susah nak cover feeling bila bestfriend nak tinggalkan kita.
Tapi lebih sedih kalau bestfriend kita jadi musuh kita. (minta dijauhkan)
SYUKUR ALHAMDULILLAH.. Allah temukan aku dengan diorang yang baik-baik.
Kalau tak, mungkin aku bukan lagi budak nerd.
Bukan lagi student yang duduk kelas depan..
Mungkin lebih teruk, e.g : merokok, ponteng..bla bla bla..(nauzubillah)


Thank god i still keep in touch with them till now.
i love you lillahi ta'ala :D

till we'll meet again .Bye !

2 comments:

  1. Eh. MK&A. I ada buku Two of a Kind kat rumah. Not the full set, tapi banyak lah jugak. Plus buku pasal dyorang masa kecil, yang mystery punya tu. And the Sweet 16 punya. Best :'D

    ReplyDelete