Tuesday, December 25, 2012

How i react when received an offer letter.

Assalamualaikum..

Baru-baru ni aku terima surat tawaran dari PTPL.
But the problem is that , aku tak tahu nak amik course apa?
*Major Problem*
Haha.
Serious aku tak tau nak pilih apa.
Apa yang pasti, aku tak amik course Akaun sebab kakak aku dah amik.
Tapi kalau nak amik Diploma, banyak makan masa,
So aku harap sangat-sangat dapat masuk matriks.
Kalau tak dapat, aku redha je.
ALLAH KNOWS WHAT THE BEST FOR US
I found its hard to make the right decision.

[ UP movie ]

Assalamualaikum..
Hello fellas :)

Siapa belum tengok lagi movie UP ni?
Aku suggest korang tengok sebab movie ni best giler..
Sedih dia boleh buat korang menangis dalam masa 4 minit je..
Hebat kan?

Like seriously.
Movie ni kena tengok jugak. *memaksa betol*


Part ni buat korang nangis 3 hari 3 malam. *amboi*

Dapat dari Facebook.

Sweet kan Ellie & Carl ?

Experimenting Adobe FLASH :(

Assalamualaikum..

Hi guys.

So, i was learning to use adobe flash.
And you know what?!
It's totally annoying, complicated ..

Anyway, i managed to make 1 ..
So, here it is ...
BYE.. 

Sunday, December 23, 2012

What makes me HAPPY today

Assalamualaikum...

I'm feeling great today. Alhamdulillah :)

WHY?
Because of this : ~
Gerrard score 1 gol malam tadi. Jyeah!. FT : LFC menang 4 - 0 .  Captain Fantastic !

*FanGirlingMode*  How i wish ... *gediks*

And this :

I was watching Running Man a lot recently. Diorang kelakar siot.
They're never fail to make me laugh . xD
Aku suka gambar ni... sebelum kartun "Aku" menyibuk dalam gambar tu.














Lepas belajar guna Photoshop , aku nak belajar guna Adobe Flash pulak..Bismillah ~

Can i dance?

Assalamualaikum...
What's up peeps ^^ .

This idea is came from my Ask.fm account.

OK. That's is really embarassing .. - -"

Aku rasa macam dah ketagih nak buat kartun lagi.. (tsk..tsk..tsk)
Tengoklah nanti macam mana.
BYE :)

The 1st Komik of Mine :D

Assalamualaikum..
Halllo fellas :)

Selepas bersengkang mata selama 3 hari 2 malam, ditemani dengan Nescafe Regular 3 baldi , sambil menengok tutorial-tutorial di Youtube mahupun google search , aku telah berjaya buat komik aku sendiri.

Inilah komik yang aku buat guna Adobe Photoshop..
Aku try guna Adobe Illustrator tapi complicated sangat.
So, i decided to post "my hardwork" in my blog. 

Hahaha.. *(tolong jangan gelak)





Haha.. Amacam ? 
Sekarang , baru aku tau macam mana rasa buat komik/kartun..
Nampak je kacang, tapi bila try buat , rasa nak terjun bangunan. *(amboi hiperbola sungguh)

Baiklah. Tu je kot.. Kalau aku bosan lagi, ada lah aku buat komik lagi.
Aku nak tido dah ni.. Ngantok weh ..
Entri ni di-post pukul 4.50 AM !!! 
Bubye :D

Friday, December 21, 2012

21 . 12 . 2012

Assalamualaikum...

"Anyone are you still alive?"

Nampaknya prediction The Mayans adalah salah sama sekali.
Aku tak tau kenapa orang America & China percaya kat menatang tu.

EPIC  FAIL !!!

Alhamdulillah Aku masih bernafas.Kiamat tu semua urusan Allah.Biarlah Allah yang tentukan.Sebagai hambaNya , kita kena berusaha menambah pahala.


Memandangkan aku masih hidup, aku ambil peluang ni untuk belajar.
Yes. BELAJAR. 

Aku belajar buat GRAPHIC je.
Contohnya macam doodle.
Ni lah doodle aku buat guna Photoshop. ---->

Haha..
Macam "cacat" je doodle tu.
Maklumlah, aku kan masih "noob".
Tangan aku keras sangat nak buat doodle yang comey lotey..
But at least i learnt something new today. Jyeah !
Mana tau aku boleh jadi 'cartoonist' ke macam CheeChingy. Aku suka tengok kartun beliau.
Sangat cumel :)
Nanti boleh aku buat komik sendiri kat blog aku ni.
* ( tingginya angan-angan )

Itu je aku nak cakap..
Aku nak makan ni.
Bye semua !

Thursday, December 20, 2012

Done Upgrading the Blog !

Assalamualaikum ...

Hai korang ! 

Amacam dengan wajah baru blog aku? OK tak?
Penuh dengan kehijauan. Bukan Hijau Daun..
Kan warna hijau itu baik untuk mata. Makan carrot pun boleh.

The Changes :
1. HEADER
Aku buat sendiri header tu. Tak perlu fancy sangat dengan bunga² atau doodle yang comel. Yang paling kontra kat header tu is kartun Pocoyo color merah tu. Haha. Tu pun aku buat sendiri. Hebat tak? *(sila muntah) Kalau nak buat pocoyo tu, google je "pocoyize". Pastu korang pandai² lah design sendiri.
 2. BACKGROUND
Aku pilih warna Light Green jadi background aku. Actually, hijau bukan favourite aku pun. Melalui blogwalking tempoh hari, mostly blogger yang rasa dia "Girls" , diorang guna color Pink. Pink is too MAINSTREAM ! haha..Tapi serious aku cakap, blog yang pinky thingy ni lah paling comel.
3. BLOCKQUOTE
As you can see, aku dah start guna blockquote. Yang kotak hijau ni.  Ni lah blockquote. Aku dah ter-addict guna blockquote ni. haha..
4. ABOUT 10 SECONDS
Based on my observation, blog aku hanya memerlukan lebih kurang 10 saat untuk loading. Ringan lah tu kan? Thats mean aku seorang yang bertimbang rasa. *(apa kaitan?)

5. BLOGS  I  FOLLOW
Semua blog yang di-remove , aku dah unfollow.Blog yang invite "certain readers" pun aku unfollow sebab aku terasa macam di-reject tak boleh baca blog tu. *(jangan nak sensitif sangat). Anyway, term "UNFOLLOW" ni bunyi macam kejam dan buat aku rasa bersalah sebab aku follow blog diorang tapi aku unfollow balik. Maafkan saya. :(
P/s : Aku baru je buat account Ask.fm *(bajet retis) .
        Kalau ada apa² soalan nak tanya kat aku, click tab
        "Contact Me" kat atas tu.. Amat dialu-alukan.

Wednesday, December 19, 2012

My Blog is Under Construction ?

Assalamualaikum... kum.. kum.. *echo*

Sekarang ni aku tengah nak ubah sikit blog aku..
Segala layout, widget-widget yang melambatkan lagi loading blog aku akan aku remove..
Aku "menyampah" kalau blog aku ni berat sangat, lagi-lagi kalau line tenet yang mencabar kesabaran aku .. (
perkataan "menyampah" itu agak kasar ~ saya tau )

Sebab tu aku nak buat blog aku ni se-simple yang mungkin..YES ! THAT'S IT ~


lalalaala *eh asal ni? keyboard, kau tak perlu kot nyanyi ni semua~

JUMPA  KORANG  DI  NEXT ENTRY  DENGAN  WAJAH  YANG  BARU :D  BYE !
*dengan wajah yang baru? LOL.. cam kelakar ayat tu.

Wednesday, December 12, 2012

Untukmu Sahabat :')

Assalamualaikum~

What's up peeps ! How's your day?
Semoga hari korang baik hendaknya :)

Entri aku hari ni pasal bestfriends aku..
Hahaha.. Aku tahu aku tak pernah cerita pasal diorang dalam blog aku..

Dah 5 tahun aku berkawan dengan diorang..They are:

  • Syila
  • Athirah
  • Sharizah
  • Amira
  • Shazira
Memandangkan nama aku Aisyah, so kalau digabungkan huruf awal nama kiteorang, jadilah 3A 3S..
hahahahaha (mengada je gelak-gelak)..

#MENGENALI MEREKA

1. SYILA

Lepas kawan-kawan aku yang lain pindah sekolah (time tu kiteorang form 4), Syila (yang tak pindah) sorang je orang paling rapat dengan aku sampai sekarang..
Ada 1 peristiwa yang memang aku tak boleh lupa..
#FLASHBACK:
Time tu syila & geng2 kiteorang nak pegi tengok wayang..
On the way nak gi wayang, syila & aku accident (naik moto sama-sama).. 
So, berlaku lah drama free di atas jalan raya.
Nasib baik ada Pakcik EntahSiapaNamanya sudi membantu kiteorang..Terima kasih pakcik.
Trauma aku dibuatnya..
Lepas accident tu, Syila dah tak berani nak bawak aku guna moto.
Tapi dengan adanya dia, aku tak lah kesunyian..
Aku siap ikut lagi dengan family dia round kat Miri.. 
Shopping.. Makan-makan. Mak ayah dia sangat baik. Untung dapat mak ayah macam dia..
one word to describe her : OPTIMISTIC


2. ATHIRAH
Thirah dia nak pindah Kelantan minggu ni. Tapi aku tak sempat nak jumpa dia. 
So, aku hanya text je :(
#FLASHBACK:
Sejujurnya, dulu aku suka judge orang. Jahat kan aku. Mula-mula aku kawan ngn dia , dia macam buat layan tak layan je. Bila dah lama-lama tu, baru lah kiteorang mula rapat.
Sebenarnya, thirah ni jenis yang pemalu rupanya. Hahaha..( tu ar jangan judge orang)
tapi, dia lah yang banyak tolong aku kat sekolah..
Kadang-kadang , aku share rahsia aku aku kat dia.. That's mean i trust her..
one word to describe her : CARING



3. SHARIZAH
Aku sangat suka dengan dia sebab dia peramah. Semua orang dia nak kawan kecuali crush dia.. hehe.. malu ler tu..
Mula-mula aku masuk Form 1, aku lah yang rapat dengan dia.. Mungkin sebab dia tak awkward kot dengan aku.. 
#FLASHBACK :
[FORM 1] Dia ajak aku pegi surau nak solat Asar. Macam biasa lah kiteorang bawa telekung sendiri.. Sampai surau, amik wuduk, solat , then keluar..
Lepas aku tutup pintu surau, dia cakap kat aku "Jom makan nak?". Aku:"hah? makan?" 
Dia: "Lapar lah.Jom!" sambil mengeluarkan bekal dan makan di belakang surau..
Haha.. Nasib baik lah time tu tak de orang.. Tengah makan pun tengok kiri kanan..
Aku tak dapat nak kenal hati budi dia sebab Form 2 & 3 dia tak sama kelas dgn aku. 
Form 4 & 5 , pulak dia pindah sekolah. hmm :(
one word to describe her : FRIENDLY

4. AMIRA
Dia bawa pengaruh yang baik terhadap aku.. Dan dia sangat berani mengemukakan pendapat dia. Yang tu aku respect pasal dia. Memang padan jadi PRS.
Aku rapat dengan dia sebab dia duduk sebelah aku dari FORM 1 sampai FORM 3. (sebab cikgu susun ikut list nama)..
#FLASHBAK:
Dia selalu pinjam buku kat library. One day, aku nampak dia baca buku yang menarik perhatian aku.. "Macam best".. Dia cakap buku tu dia pinjam kat library.. Actually , buku tu bersiri.. Nak tengok buku tu? Ini dia : Twins Mary-Kate & Ashley

Aku suka siri TWO OF A KIND. Selalunya, cara aku beza twin ni , kalau Marykate rambut dia lurus, kalau Ashley rambut dia curl.. And one more, dalam siri 2ofakind, Marykate dia tomboy sikit, Ashley dia girly macam budak pompuan yang lain..
Start dari hari tu, tiap-tiap hari muka aku je kat library..
Hahaha.. Kelakar kan..
one word to describe her: SUPPORTIVE

5. SHAZIRA
Bagi aku, dia lah yang paling comel dalam kelas. Aku rapat jugak la dengan dia tapi dia lebih rapat dengan Thirah.
#FLASHBACK:
[FORM2,Science period] Setiap group ditugaskan buat experiment.
 Experiment apa aku pun tak ingat, tapi rasa macam electrolysis.
Dalam proses experimen tu, kami memerlukan kain/sapu tangan.
Kebetulan jugak aku & Shazira je yang rajin bawak sapu tangan.
So, aku usik dia "kalau tak guna saputangan awak, kite taknak geng"
Amira pun join sekaki usik dia. Tapi aku tak tau pun dia nak ambil serius usikan tu.
Padahal kiteorang gurau je.
Last-last, sapu tangan aku jugak yang digunakan.
Dia ni sensitive sikit. So, kiteorang sekawan kena jaga sikit hati dia.
one word to describe her: CUTE & KIND. eh tu dah 2 words. Hahaha. kesah pulak aku :p

Tu je kenangan yang aku ingat sampai sekarang. KLMJ. xD
Semoga persahabatan kita kekal hendaknya :)


Actually, Syila & Thirah nak pindah gi semenanjung minggu ni. Syila pindah Penang & Thirah pulak Kelantan.. Uhuhu.. Gonna miss u guys :')
Ya. Memang susah nak cover feeling bila bestfriend nak tinggalkan kita.
Tapi lebih sedih kalau bestfriend kita jadi musuh kita. (minta dijauhkan)
SYUKUR ALHAMDULILLAH.. Allah temukan aku dengan diorang yang baik-baik.
Kalau tak, mungkin aku bukan lagi budak nerd.
Bukan lagi student yang duduk kelas depan..
Mungkin lebih teruk, e.g : merokok, ponteng..bla bla bla..(nauzubillah)


Thank god i still keep in touch with them till now.
i love you lillahi ta'ala :D

till we'll meet again .Bye !

Thursday, December 6, 2012

Still thinking :/

Assalamualaikum~

hi guys.. so here i am, free from SPM .. YAY~ 

Aku tak da keja sebenarnya, pasal tu aku menyibukkan diri mengupdate blog ni..

Since aku cuti panjang sekarang, otak aku tak boleh berhenti berfikir..
Credit: Google image - Photobucket

Emm.. maksud aku ada something yang mengganggu fikiran aku..

Guess what? it's about my FUTURE !!!

Nak mula dari mana eh? hmm.. takpe.. dari mana-mana pun boleh~

1. COURSE YANG AKU NAK
Like seriously, aku masih terpinga-pinga nak pilih course apa..
Nak ambil medic, tapi jenguh aku nak tunggu.. 6 tahun siot!!
But for sure, gaji dia memang boleh tahan gak $_$ ..
Tapi, kalau aku dapat biasiswa lagi bagus..*aku bukan orang berada :(*
Kepada boys & girls yang masih terpinga-pinga macam aku ni, aku ada benda nak share kat korang.. here it is : Apa Course & Career Yang Sesuai
At least, blog tu dapat memberi gambaran pasal course & career kita nanti..

2. LESEN
Tahukah anda? Saya sangat jeles melihat kawan2 saya sudah memiliki lesen kereta mahupun  motosikal..
i found this pic looks so cool  8-)

Time cuti panjang ni lah, ada masa nak daftar ambil lesen.. Dulu bapa aku pernah suruh aku ambil lesen moto je, tapi takda pun nak tolong aku.. uhuhu..*sambilewa*
Masa aku form 3, pernah aku bawak moto .. pastu aku jatuh.. sangat sakit dan memalukan..
Semua jiran2 aku dok keluar rumah kalau-kalau gempa bumi melanda.. MALU DOH !!
Sejak hari tu, sampai sekarang aku tak bawa moto.. Phobia ke? Entah aku pun tak tau..

3. PART-TIME JOB
Aku nak cari duit sendiri.. Tak nak susahkan family sebab itu perkara yang buat  aku rasa bersalah.. nak jadi independent.. Sila pasang lagu Independent girl by neyo sekarang jugak.. hahaha.. mengada je aku ni..
You know what , masa ni lah , aku nak kenal dunia luar yang sebenar sebab selama ni life aku kat sekolah & rumah je.. life aku sangat bosan..

4. KAHWIN
Woi!! Apa kejadah aku nak fikir pasal kawin ni?!.. Aku tak nak kawin awal..
Cumel je budak ni ~ hee

Aku nak cari duit banyak2 dulu.. Bila dah dapat kereta Audi sebiji, rumah banglo sebiji, baru aku fikir pasal kawin.. haha..
Oh. Besarnya cita-cita aku..


Tu je kot aku nak story..
We'll meet again in next entry..
Bye fellas :)

Wednesday, November 21, 2012

With every difficulty , there is a RELIEF :)

Assalamualaikum ~

Hi fellas :D we're here again...

Aku mencuri masa ni untuk update aku punya blog , 
memandangkan ada gap 4 hari sebelum SPM bermula next week.

So, kali ni aku nak cerita sikit apa yang berlaku kat aku hari ni.

1ST STORY:
Aku sebenarnya agak kecewa dengan diri aku sendiri :( . Sebab , bila aku buat paper physics tadi memang aku rasa lembap sangat-sangat. Apa yang aku study semuanya macam tak masuk, even though aku study seminggu lebih awal sebelum exam. Ada la faham sikit-sikit tapi itu tak cukup untuk aku. Ya, aku mengaku yang aku selalu meng"anaktiri"kan physics. Puncanya, cara cikgu mengajar yang tak kena dengan aku menyebabkan aku hilang minat belajar ( aku tak menyalahkan cikgu 100% ). Aku jeles tengok kawan2 aku yang konfiden giler dapat skor paper physics. Sekarang, aku hanya mampu  TAWAKAL je.

2ND STORY:
Lepas balik dari sekolah, aku on twitter. Trending : Palestin / Masjid Al-Aqsa / SaveGaza.
Sebagai saudara se-Islam penduduk di Palestin, aku hanya mampu berdoa untuk mereka.
Tengok berita kat tv ,bila seorang bapa bawa anak dia mati syahid masuk ambulance, aku rasa sangat HEARTBREAKING :'(. One day, aku yakin Allah swt akan MENANGKAN ISLAM. 

CONCLUSION :
SESUNGGUHNYA  SETIAP KESUSAHAN DISERTAI KESENANGAN. Ini ujian Allah kat aku. Allah tak kan membebankan hambaNya.
Setiap orang ada ujian masing2. 

#NoteToMySelf

haa.. Panjang tak story aku. LOL. Penat tak baca? Tu je la story aku hari ni. K aku nak qada tido.. 3 hari dah tak cukup tido. 

BYE FELLAS :D

Friday, November 2, 2012

SPM :/

Bismillahirrahmanirrahim..

yo guys ! *bro fist*
REMINDER : 57 HOURS TO SPM...
sebuk je. Ye, aku tau SPM hari isnin ni.. 
aku sengaja nak update blog sebab ni...

DEAR MY BLOG READERS,
    
    i just want to apologize if i ever hurt you/anyone.
 Please FORGIVE me and PRAY for me. 
this SPM is really mean a lot to me, my FAMILY.
For other SPM candidates, ALL THE BEST FOR YOU. 
:D

                                                                Sincerely, 
                                                                                ME :D

Friday, September 28, 2012

SPM : A MONTH to go

Assalamualaikum & hai :)

Aku tak tahu kenapa aku rajin nak buat entri hari ni walaupun hari Jumaat selalunya time aku untuk bermalas-malasan.. Anyway,

Entri kali aku just nak "memuntahkan" segala apa yang dalam otak dan hati aku..

SPM tinggal lebih kurang 30 hari je lagi TAPI still aku masih buang masa dengan Facebook & Twitter..
I should stop wasting my time with those stuffs...

Dua hari yang lepas, kawan aku challenged aku. Dia nak aku study 1 bab untuk 3 subjek dalam 1 hari...
So, aku terima je lah..
Mungkin itu je cara untuk aku belajar dengan lebih serius..


Actually , exam trial kali ni aku agak kecewa sebab kebanyakan markah aku merosot..
Sejarah je yang meningkat..
Patutkah aku bersyukur yang aku hanya dapat 3A je kali ni? 
Ya aku tak bersyukur. Aku tamak. Aku nak dapat banyak lagi A..
Aku tak nak hampakan mak ayah aku & cikgu-cikgu..

Aku cemburu tengok kawan2 aku yang dapat A in a good way, not in a bad way..

Anyone who's reading this, doakan kejayaan aku & wish me luck.. :D

P/S: *aku rasa macam selfish je tulis entri ni.. lol .
       HAVE A NICE DAY . k bye.. 

Sunday, July 8, 2012

Inggar

Assalamualaikum 


Whatss up peeps ^^..


OK . Dalam entri kali ni, aku nak share 1 pengalaman kat facebook yang buat aku inggar.. Before that, let me introduce about the title first that is : INGGAR.


*sila baca dengan nada seperti pembaca berita  - 
INGGAR merupakan perkataan bahasa melayu sarawak untuk menyatakan perasaan yang bermaksud meluat, menyampah atau tidak puas hati.. sumber: Pak Cik Google


Yeah.. sekarang korang dah faham apa itu inggar.. 
Now, story time.. xD


Macam biasa aku on facebook sebab nak check notifications, group kelas aku, dan check update pasal bola..
Tak lama pastu, pop out chat pulak muncul.
Ok. Dia lelaki , aku tak kenal dia, profile pic guna artis jepun *duhh..pleaselah
Aku pulak dengan rasa kesian, layan je la. Kang orang cop aku ni sombong pulak..
Dalam hati aku, memang dia ada niat lain bukan nak berkenalan pon..
I have problem trusting people espicially guys/lelaki..


Borak punya borak , dengan rasa tak malu dia mintak no. henpon aku..
Huh.. Aku dah agak dah..Gotcha~
Dia punya lah merayu nak no. tepon aku.. tapi aku dengan kejam tak nak kasi..
Bwahaha *gelak jahat.. Padan muka kau.. :P


Then, boleh pulak dia marah-marah, mencarut, maki hamun aku...
Dalam hati aku pun berkata-kata:
 --> Shial betol laa laki ni..hish. Dia tu sape nak marah aku.
Tapi aku masih berfikiran rasional tika itu, maka aku terus klik "offline".
That's why aku INGGAR sangat~
So, pasal kejadian tu , aku berfikir..
dalam otak aku ada 2 part: Positive thinking & Negative thinking..
We start at (+) thinking first orite..

(+) thinking:
Mungkin lelaki tu kurang kasih sayang agaknya. That's why dia nak no. tepon aku..
Forever Alone probably..hermm. 
Tapi, apa guna ada facebook kalau bukan untuk berkawan kan..


(-) thinking:
Perkara pertama yang aku bila dia mintak no tepon aku:
"Mesti dia nak buat benda bukan-bukan dengan no tepon aku. Mana boleh bro"..
Well, screw that guy.. Dude, get a life..baik hang pi cari duit untuk pinang anak dara orang..


Conclusion:
Aku memilih untuk tidak memberi no. tepon aku. Jual mahal? Ye.. i admit that..
I have to.. Aku kena jual mahal tapi bukan sombong.. I'm not that easy.. 
I have to care my pride, my dignity given by Allah.. Kang bertambah pulak dosa aku & dia, kalau aku kasi no henpon aku..
So, girls jangan senang sangat nak bagi no. henpon ke gambar ke...
kang diorang buat benda tak baik, tak naya gitu...
Setakat ni je aku story..
Kalau ade lagi story best, nanti aku share kat blog ni..
BUBYE ^^


Sunday, July 1, 2012

It's July :|

Hi kawan-kawan :D
Dah masuk 2 bulan aku tak update blog ni..
Berkarat dah pon..
So, this is the 1st entry in July.


Since sekarang dah bulan Julai, thats mean SPM semakin dekat..
tapi aku belum prepare apa2 pun..
maksud aku, cover bab-bab yang aku tak pandai..
risau tu memang lah risau kan..
tapi aku buat endah tak endah je..
Sebelum ni, aku asyik main-main & tak ambil serius pasal SPM.
So,sekarang aku nak buat betul2, tak nak main2 lagi
i hope this July will be better than June..
Belum terlambat lagi , betul tak? 
Doakan kejayaan untuk SPM victims macam aku ni.


Sebelum aku mengakhiri entri ni,
aku nak menyampaikan beberapa baris pantun..


Wei..
buang tabiat apa nak berpantun segala..
Aku mana reti berpantun ni..
Ok.. stop this nonsense..


Tahu tak awal pagi ni FINAL EURO 2012..

Most people support SPAIN..
Memang tak dinafikan Spain memang team yang kuat..


Tapi aku nak ITALY yang angkat piala tu nanti..
Sebab??
Sebab Spain dah menang sebelum ni..
So, semangat Italy nak menang tahun ni lebih tinggi than Spain..
Teori apa yang aku pakai ni??
Team kuat Germany pun Italy boleh lauk apa lagi Spain..


PS: Rasanya aku tak dapat tengok live euro ni..
      Huu.. haru lah..






Saturday, April 21, 2012

Tentang Aku : BOLA O BOLA

assalamualaikum~

lama dah aku tak post entry. biasa la calon spm. student harapan sekolah pulak tuu (ee..tak tau malu la dia nih) ok2.. orang gurau je pun.. tak boleh ke..

ok. cut the crap. back to the topic. so, entry aku kali pasal bola.
Bola?? 
yup B.O.L.A.. ini bukan troll or whatsoever..
aku hanya nak meluahkan isi hati aku (macam jiwang sangat pulak bunyi nya) ok. tukar.
aku hanya nak menyatakan buah fikiran aku dalam entri kali ni (ada penggunaan simpulan bahasa so, bonus mark is given) giler skema ayat..

Aku rasa aku minat dengan Bola Sepak..
aku tak tau macam mana rasa ni boleh timbul..
is it LOVE?? haha..
YES it is.. I LOVE FOOTBALL.
aku rasa aku tahu sebab2 dia..

1. Kakak aku
seriously, dia lah orang yang buat aku suka ngan bola.. before this, football is not my thing except Harimau Malaya. Aku heran asal dia suka sangat dengan LIVERPOOL??
boleh dikatakan fanatik jugak lah.. so,sebelum dia gi sambung study, aku tanya la kakak aku kenapa dia suka LFC? Best ke? tapi dia suruh aku google. then, aku pun google pasal LFC ni.. 1st impression aku tentang LFC : 

  • ada sejarah yang hebat terutamanya pasal tragedi hillsborough.
  • boleh dikatakan power jugak laa..
  • fans yang sangat setia even though LFC tak dalam list top 4 BPL. siap nyanyi lagu YNWA lagi. meremang aku ..
2. Sekolah 
Beberapa hari lepas, sekolah aku kecoh dengan match antara Chelsea & Barca.. Masing2 tanya sapa menang sebab terpaksa tido awal termasuk aku. Ternyata, Chelsea yang menang. Wow, boleh tahan jugak Chelsea. Barca pun kuat apa. 

3. WILL
Movie disedut kakak aku, yang buat aku o_O Wow that kid, he made it! Buat aku "i think liverpool is great and i like it". Cerita ni pasal seorang budak lelaki. Nama dia Will. Dia ni fan susah mati LFC. One day, bla..bla..bla..aku penat la nak taip. korang tengok la sendiri k. 

IMDB

Itu je sebab2 aku suka bola..

of course, sikap kutuk-mengutuk antara peminat bola memang tak dapat lari..
antaranya, m.u = MUnyet , lfc = riverfool , chelsea= chelshit dll..
haizz, apa la nak jadi..

anyway, 5/5/12 merupakan final f.a cup antara liverpool & chelsea..
dan merupakan birthday kakak aku.. osem lah..
kalo liverpool menang, aku rasa memang "the best birthday i ever had" untuk kakak aku..

huu.. panjang entri aku kali ni.. mesti penat baca.. haha..
ok la..
setakat ni je la.. bye..

enjoy !! :)) one more thing, i'm not LIVERPOOL fan YET! haha..


Sunday, January 15, 2012

THE LAST CHAPTER OF MY HIGH SCHOOL YEAR - SPM

ASSALAMUALAIKUM...

hi korang...
whoa.. lama dah aku tak update blog ni.. 
apa nak jadi lah dengan aku ni. haizz..
seriously, tahun ni aku memang busy [bunyi mengalahkan PM je]
dulu boleh lah aku buat entri baru tiap minggu [ ye ke tiap minggu?? aku pun tak tau]
sekarang tak boleh dah sebab masa aku banyak dihabiskan dengan homework
yang bergunung-ganang atas meja aku..
aduss..sakit mata aku tengok..


Anyway, memandangkan tinggal tahun ni je aku sekolah..
so, aku kena struggle la nak buat yang TERBAIKK..[boboiboy trademark]
tu la pasal tajuk entri ni - THE LAST CHAPTER OF MY HIGH SCHOOL YEAR..
aku nak kasi gegar & gempak sama saya punya spm result nanti..
LIKE FLYING COLOURS macam cikgu bi kata..


Tapi kenapa aku masih rasa yang aku ni macam budak2 ??
hala tuju aku lepas spm pun aku belum fikir lagi..
serious, aku tak reti nak pilih bidang apa..
mak aku suggest aku jadi cikgu..
tapi tu la , aku tak pandai & tak minat mengajar.. problemo..
dalam kepala otak aku pulak, suruh aku ambil medic..
boleh ke aku jadi doktor? experiment bio yang bedah katak pun aku tak buat..
pernah sebelum ni bapa aku suruh aku jadi doktor tapi aku sendiri pun tak sure aku nak jadi doktor ke tak... 2nd problemo~
nak ambik engineering..physics aku macam cukup-cukup makan je..3rd problemo~
aku tak la pandai sangat walaupun aku duk dalam top class..
haiz. Pening gak fikir benda ni..


Aku nak masa depan aku terjamin..
karier bagos.. gaji BESOR..
Kereta besor gak.. rumah lagi besor..


yang PALING PENTING :
IKHTIAR + TAWAKAL = SUKSES
aku nak famili aku bangga dengan aku..
lastly, aku nak ISLAM dipandang tinggi..
kat sekolah aku, memang student chinese je yang conquer semua subjek kecuali p.islam
-__- jeles + malu tau sebab ustaz pernah cakap ''Allah dah pilih kita (orang Islam) sebagai umat TERBAIK dalam dunia ni''
bila ustaz cakap macam tu, memang bangga la kan..


OK lah..
cukup setakat ini lah dengan repekan aku di atas itu .



# sambung balik buat homework..
haru nya aku.. sobs :(

ok bai.