Monday, October 19, 2009

2 orang kaya dan pemandunya..

Suatu hari , ada 2 orang kaya sedang duduk di cafe, sambil menggosip pemandunya..
Orang kaya 1 : "Hei, kau tahu tak, pemandu aku ni bodohnya setengah mati ! Kalau tak percaya, cuba lihat ini ."
Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini 10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez." King Kong pun menjawab dengan sopan " Yes Sir! Right a way!!
Dengan pantas terus ke kedai kereta.. Orang kaya 1 itu beritahu kpd temannya, " Nampak? Apa aku cakap... Dia buat betul-betul.."

Orang kaya 2 : "Haha.. itu belum apa-apa..kau nak tengok, pemandu aku lebih teruk dari itu. Biar aku tunjukkan kpd kau.. Terus Orang Kaya 2 memanggil pemandunya Rambo..
"Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku berada di rumah atau tidak?
Rambo : Yes Sir! Right A Way!! Dia terus pergi ke rumah tuannya..
Orang Kaya 2 beritahu kpd temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan? Dia tidak ada otak untuk berfikir.. mana boleh aku ada di dua tempat yang berbeza dalam satu masa..

Tidak berapa lama kemudian, kedua-dua pemandu itu bertemu di jalan...
King Kong : Ehh,you know , my boss is very stupid laaaarh.. Dia kasi aku 10 ringgit dan suruh aku beli Mercedez di kedai kereta , mana boleh?? Kau kan tahu sekarang ini hari minggu.. Semua kedai kereta tutup!!
Rambo : Kau fikir boss kau stupid ha?? Boss aku lagi stupid !! Dia suruh aku pergi rumah dia, adakah dia ada di rumah.. Padahal , dia boleh check sendiri dengan telefonnya sahaja...

No comments:

Post a Comment